CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 8, 2010

Bahasa Melayu Moden-2



A. Konsep Bahasa Melayu Moden
1. Bermula abad ke-19 dan ke-20.
2. Berasaskan kepada pembaharuan oleh Abdulah bin Abdul Kadir Munsyi (abdulah Munsyi).
3. Melalui karya Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu dalam Segala Negeri (1837), Hikayat Abdulah (1838), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838), dan Kisah Pelayaran Abdulah ke Jeddah (1854)


B. Tahap Perkembangan Bahasa Melayu
1. Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar sebelum British.
2. Pada zaman British, Bahasa Melayu digunakan secara rasmi di lima buah Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis) dan Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan).
3. Pegawai British yang berminat dan menulis sarjana Bahasa Melayu ialah R.O.Winstedt, R.J.Wikinson, C.C.Brown, W.E.Maxwell, W.Marseden, O.T.Dussek, A.M.Skinner, J.Crawfod dan W.G.Shellabear.

  • Bahasa Melayu Moden
1. Sebelum merdeka, Bahasa Inggeris diutamakan.
2. Muncul pergerakan secara persorangan dan pertubuhan memperjuangkan Bahasa Melayu.
3. Pergarakan individu oleh Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako),
Shamsudin Saleh dan A. Rahim Kajai.
4. Perjuangan secara pertubuhan seperti Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Pena, Asas 50 (Angkatan Sasterawan 50).
  • Bahasa Melayu Moden Pasca merdeka
1. Para nasionalalis yang menuntut kemerdekaan mahu menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
2. Usul ini membawa kepada Suruhanjaya Reid dalam membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
3. Setelah merdeka, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 (bahasa Kebangsaan) menyatakan "Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara merdeka".
4. Akta Bahasa Kebangsaan 1957 menyatakan yang Bahasa Melayu digunakan dalam semua urusan rasmi negara.
5. Akta Pendidikan 1961 membantu perkambangan sistem pelajaran yang bahasa penghantarnya ialah Bahasa Melayu.
6. Perlaksanaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dikuatkuasakan melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1957.
7. Akta Pendidikan 1961 membantu perkembangan sistem pelajaran yang bahasa penghantarnya ialah bahasa kebangsaan.

C. Fungsi Bahasa Melayu Moden
1. Sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa penghantar serta ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan tinggi.
2. Berkembang sebagai media komunikasi yang lengkap dan sempurna.

Fungsi Bahasa Melayu.
- Bahasa Perpaduan
- Bahasa Ilmu
- Bahasa Komunikasi

D. Perancangan Bahasa Melayu
Membawa maksud usaha-usaha memupuk dan mengembangkan bahasa ke taraf yang lebih maju.
setu rang undang-undang digubal dan diluluskan pada tahun 1959 iaitu Undang-undang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

 Peranan DBP
- Menyelaraskan sistem ejaan Bahasa Melayu.
- Mencetak bahan dalam Bahasa Melayu.
- Memperkasa Bahasa Melayu.
- Mencipta istilah pelbagai bidang.
- Menerbitkan kamus.

E. Perancangan Bahasa
1. Membuat dasar:
- Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan
- Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
- Laporan Razak (1956)
- Penyata Rahman Talib (1960)
- Akta Pendidikan 1961
2. Kodifikasi/pengekodan peristilahan - Penubuhan Jawatankuasa Istilah, pengekodan kamus, ejaan.
3. Pelaksanaan dasar:
- Minggu bahasa
- Bulan Bahasa
- Bulan Bahasa
- Kempen "Cintailah Bahasa Kita".

1 comment:

  1. assalamualaikum, saya nak minta izin copy nota cikgu..

    ReplyDelete