CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 25, 2011

PROSES PEMBENTUKAN KATA

 PROSES PEMBENTUKAN KATA
1. Kata Tunggal
2. Kata Terbitan
3. Kata   Majmuk
4. Kata  Ganda
Bentuk Kata Tunggal
1.       Kata tunggal  satu suku kata
2.       Kata tunggal dua atau lebih suku kata
Bentuk kata tunggal satu suku kata
1.       KV={yu,ru,ya}
2.       VK={am}
3.       KVK={cat,wang,bah}
4.       KKVK={stor,gred,skor}
5.       KVKK={teks,bank,zink}
6.       KKKV={skru}
7.       KKKVK={skrip,spring,straw
Bentuk kata tunggal dua suku kata
1.       V + KV = { aku,apa, ubi}
2.       V +VK={air,aur,ais}
3.       V + KVK={adik,emas,ubat}
4.       VK+ KV={undi,impi ,angkan}
5.       VK + KVK={ambil,umpan,angkat}
6.       KV + V={Dua,doa,tua}
7.       KV + VK={jauh,tuah,buah}
8.       KV +KV={jala,pasu,buku}
9.       KV +KVK={kapal,telur,sikat}
10.   KVK + KV={lampu,binti,tunggu}
11.   KVK +KVK={bangsal,bintang,tampung}
Bentuk kata tunggal tiga suku kata
1.       KV+ V+KV{ccuaca,suara,tuala}
2.       KV+V=KVK{biawak,piutang,ziarah}
3.       V+KV+V{usia,idea,urea}
4.       KV+KV+V={semua,mulia,kaedah}
5.       KVK+KV+V={{tempua,mentua,sempua}
6.       KV+KV+VK={keruan,seluar,haluan}
7.       KVK+KV+VK={mengkuang,mendiang,  berlian}
8.       V+KV+KV={udara,utama,irama}
9.       V+KV+KVK={ijazah,amanah,akidah}
10.   VK+KV+KV={asmara,antara,isteri}
11.   KV+KV+KV={keliru,budaya,sutera}
12.   KVK+KV+KV={menteri,bendera,mentega
13.   VK+KV+VK={ilmiah,ikhtiar}
14.   V+KV+VK={akaun,elaun,amaun}
15.   KV+KV+KVK={belalang,senapang, senangin}
16.   KVK+KV+KVK={tempurung,matlamat,cendawan}
17.   KV+KVK+KV={belanja,kerengga,keranda
18.   KVK+KVK+KV={sempurna}
19.   KV+KVK+KVK={kelongsong,belimbing}

Kata tunggal empat suku kata atau lebih

1.       KV+KV+VK+KV={keluarga,biduanda}
2.       KV+KVK+KV+KV={sederhan,sayembara}
3.       KVK+KV+KV+KV+{laksamana,sandiwara}
4.       KVK+KV+V=KV={sentiasa}
5.       KV+KV+KV+KV={bidadari,serigala}
6.       KV+KV+KV+KVK={munasabah,hulubalang}
7.       KVK+KV+KV+KVK={sentimeter}
8.       KVK+KVK+KV+KV={singgahsana,
9.       KV+KV+V+KVK={mesyuarat,nasional}
10.   V+KV+KVK+KV+KV={universiti}
11.   KVK+KV+KV+KV+KVK={cenderawasih}
12.   KV+KV+KV+KV+KV+KV=maharajalela

Kata Akronim
-Tergolong dalam kata tunggal
-Akronim boleh ditulis dalam 3 cara.
1.   Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata
Contoh:
ABIM-Angkatan Belia Islam Malaysia
IKIM-Institut Kemahiran  Islam  Malaysia
ADUN- Ahli Dewan Undangan Negeri
2.Gabungan suku kata dengan huruf awal/gabungan suku kata dengan suku kata
Contoh:
Mara-Majlis Amanah Rakyat
Perkim-Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Bernama-Berita Nasional Malaysia
3.Gabungan suku kata dengan suku kata (ditulis dengan huruf kecil kesemuanya)
Contoh:
tabika- taman bimbingan Kanak-kanak
kugiran-Kumpulan gitar rancak
cerpen-cerita pendek


Monday, January 24, 2011

Latihan Fonologi

Latihan Fonologi

1. 
 Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan  setingg-tingginya hingga hampir menyentuh lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sebarang  halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan. Bibir berada dalam keadaan terhampar. 
A.      Vokal depan sempit
B.      Vokal belakang sempit
C.      Vokal depan separuh sempit
D.      Vokal belakang separuh sempit
2.
    Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi-tingg, tetapi tidak menutup ruang aliran udara.   Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sebarang  halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan. Bibir berada dalam keadaan bundar. 
A.      Vokal depan sempit
B.      Vokal belakang sempit
C.      Vokal depan separuh sempi
D.      Vokal belakang separuh sempit
3.
   Untuk menghasilkan bunyi vokal ini,  depan lidah diturunkan serendah-rendahnya.  Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sebarang  halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan. Bibir berada dalam keadaan terhampar
A.      Vokal depan luas
B.      Vokal belakang luas
C.      Vokal depan separuh luas
D.      Vokal belakang separuh luas
4. Berikut merupakan contoh perkataan bagi vokal depan separuh sempit.
                A.     Bilik              C.   Obor
                B.     Tempe         D.   Dulu               
5. Berikut merupakan contoh perkataan bagi vokal belakang sempit.
                A.     Bilik              C.   Obor
                B.     Tempe         D.   Dulu               
6.  Berikut merupakan contoh perkataan bagi .vokal belakng separuh sempit
                A.     Bilik              C.  Obor
                B.     Tempe         D.  Dulu               
7. Untuk menghasilkan  vokal depan separuh luas, depan lidah diturunkan sepertiga daripada kedudukan  untuk menghasilkan ……..
A.      Vokal depan  sempit
B.      Vokal  belakang sempit
C.      Vokal   depan separuh sempit
D.      Vokal belakang separuh sempit
8. Alat artikulasi yang membezakan antara vokal depan dan vokal belakang ialah
A.      Keadaan gigi
B.      Keadaan gusi
C.      Keadaan  bibir
D.      Keadaan lelangit lembut
9. Berikut merupakan ciri-ciri penghasilan vokal kecuali
A.      Lidah dinaikkan atau diturunkan
B.      Lelangit  lembut  dinaikkan
C.      Lelangit  lembut  diturunkan
D.      Udara keluar dari paru-paru tanpa sekatan
10. Beikut merupakan contoh  diftong kecuali
A.            Pantai                    C.            Dodoi   
B             Pulau                     D.            Kain
11.         
Hujung lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan hujung lidah dan gusi. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta .  Semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan iala
A.      [ c ]                          C .             [ j ]
B.      [ t ]                          D.             [ d ]
12.
Belakang lidah ditemukan dengan lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan belakang lidah dan lelangit lembut. Glotis  Semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan  bunyi yang dihasilkan ialah
A.      Letupan lelangit lembut bersuara
B.      Letupan lelangit lembut tidak bersuara
C.      Letupan lidah lelangit lembut bersuara
D.      Letupan lidah lelangit lembut tidak bersuara
13.          Contoh perkataan yang mengandungi konsonan sengauan ialah seperti berikut kecuali
A.            Mana                    C             Nano
B             Nyior                     D             Yoga


14.          Pembeza utama antara konsonan lain dengan konsonan sengauan ialah

A.      Keadaan lidah
B.      Keadaan pita suara
C.      Keadaan lelangit keras
D.      Keadaan lelangit lembut
15 .   Berikut merupakan contoh konsonan letusan bersuara
A.      cabai
B.      jalur
C.      ratus
D.      letus
16.
Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara  dari paru-paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Konsonan yang dimaksudkan ialah
A.      Konsonan letupan dua bibir
B.      Konsonan sengauan dua bibir
C.      Konsonan letupan sengauan bibir
D.      Konsonan sengauan letupan bibir
17.
Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [i]iaitu bibir dihamparkan dan  hujung lidah diangkat setinggi-tingginya. Kemudian ,berlaku geluncuran ke arah vokal yang mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.
Ciri-ciri di atas merupakan prose penghasilan ;
A.      Vokal
B.      Diftong
C.      Separuh vokal
D.      Separuh konsonan

Saturday, January 22, 2011

Tumpuan Topik atau Isu Semasa 2011

Pelajar-pelajar STPM 2011 yang dikasihi. Cikgu harap pelajar sudah mula menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan STPM pada hujung tahun ini. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Jangan lah pada saat-saat akhir baru hendak bertungkus lumus mengumpul fakta. Untuk penghasilan karangan yang baik, pelajar mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dalam pelbagai isu.  Dengan adanya ilmu pengetahuan yang mendalam, barulah pelajar boleh mengupas dan mengolah karangan dengan baik. Berikut merupakan isu-isu yang cikgu cadangkan untuk dikaji dan diselidiki. Mungkin pelajar ada isu lain yang boleh ditambah. Isu-isu berikut bukanlah satu jaminan akan keluar dalam peperiksaan tetapi mungkin sedikit sebanyak akan membantu pelajar menguasai pengetahuan am. Sekiranya cikgu rasa ada lagi isu-isu penting yang cikgu fikirkan kemudian, akan cikgu muatkan dan kemaskinikan tajuk-tajuk di bawah dari semasa ke semasa. Perkara yang penting ialah pelajar berusaha dahulu kerana sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan. 



Isu  1:Sukan

Isu  2: Alam  Sekitar

Isu 3 : Penderaan Kanak-Kanak
Isu 4 : Pendidikan
Isu 5 : Kesihatan
Isu 6 :  Pertanian
Isu 7 :  Kebanjiran pendatang asing le Malaysia

Isu 8 :  Kesenian :  Kraf Tangan

Isu 9 :  Nasionalisme dalam Kalangan remaja

Isu 10: Ekonomi:Krisis Ekonomi negara
 Isu 11: Rasuah dan pembangunan negara
Isu  12: Perpaduan  Nasional-Kosep 1Malaysia 
Isu  13: Masa depan Bahasa Melayu

Isu 14: Pembangunan Negara

Isu 15: Pemerdagangan  Manusia
 Isu 16: Bencana Alam
Isu 17: Peperangan 
Isu 18: Keunggulan Budaya Timur

Isu 19: Keunikan Malaysia
Isu 20: Teknologi Maklumat


Sekian . Selamat belajar. Berusahalah tanpa jemu  dan berdoalah semoga Tuhan memberkati Kalian. Semoga berjaya. Wassalam.
    

Friday, January 21, 2011

Isrilah-istilah Morfologi

Definisi:
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur,bentuk dan penggolongan kata.
Struktur kata - susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
Bentuk bahasa- rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan.
Penggolongan kata-proses menjeniskan  perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi.


Morfem -Unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Morfem terbahagiduabiaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Perkataan-Bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.
Imbuhan-unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.. Imbuhan mencakupi imbuhan awalan ,akhiran,apitan dan sisipan.
Kata tunggal-Kata yang terdiri hanya satu bentuk dasar yang tidak menerima apa-apaimbuhan atau kata dasar yang lain.. Contoh;  saya, itu,  sudah .
Kata akronim-Sejenis kata tunggal  yang diterbitkan daripada proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh.Contoh Mara (Majlis Amamah Rakyat)
Kata Terbitan- Kata dasar yang terdiri daripada kata yang mengalami proses pengimbuhan.
Kata Majmuk-Kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.
Kata Ganda-Kata yang dihasilkan dengan mengulangi kata dasar sama ada secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu.

Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada 4 iaitu:
1. Kata nama
2. Kata kerja
3. Kata Adjektif
4. Kata Tugas

Kata nama-Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama. Lazimnya melibatkan orang,haiwan,tempat, benda  dan  konsep. Dipecahkan kepada subgolongan; kata nama am,khas dan ganti nama.

Kata kerja - Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.Terbahagi kepada 2 iaitu kata Kerja Transitif aktif da Kata Kerja Tak Transitif. kata Kerja Tak Transitif  terdiri daripadayang berpelengkap dan tak berpelengkap. Manakala Kata Keja Transitif terbahagi kepada TransitiF aktif dan transitif Pasif.

Kata adjektif- Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.. Tidak mempunyai subgolongan yang ketara tetapi dapat dibahgikan kepada lebih kurang sembilan kumpulan seperti,Kata adjektif sifatan, kata adjektif warna,ukuran,bentuk,psncsindera,waktu,cara,perasaan dan        jarak.

Kata tugas- Golongan kata  yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen,aitu yang terkandung dalamnya  golongan kecil yang berbeza-beza tetapi satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik, iaitu frasa nama,frasa kerja, dan frasa adjektif.. Antara kata tugas ialah kata hubung,kata seru,kata tanya,kata perintah,kata pangkal ayat, kata bantu, kata penguat,kata penegas,kata pemeri,kata sendi nama, kata pembenar, kata bilangan, kata arah,kata adverba,kata pembenda, dan kata penekan.

Sunday, November 14, 2010

Isu Pilihan-Penderaan Kanak-Kanak

PENDERAAN KANAK-KANAK

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris bagi sesebuah keluarga. Dengan kehadiran anak-anak,  akan bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin tersebut. Mereka juga sebagai penghibur  dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namu begitu, akhir-akhir ini kita telah mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan  dalam akhbar dan  menerusi televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana  antara pendera  itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa itu sendiri.

Sesungguhnya terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang suka merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa.  Ibu bapa yang tidak sabar dengan karenah anak-anak  mungkin akan memarahi , memukul, dan ada yang sanggup menyepak,  serta menerajang akibat terlalu geram dengan tingkah laku ana-anak mereka .Ibu bapa yang berperwatakan seperti itu sebenarnya hany mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab.

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh pasangan suami isteri  atau sesebuah institusi keluarga itu. Masalah tersebut akan menyebabkan mereka bertindak di luar kawalan  terhadap anak-anak akibat tekanan yang dihadapi. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang ibu bapa. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak. Fikirkanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah, sekurang-kurangnya carilah pakar kaunseling atau orang yang dipercayai  untuk mendapat khidmat nasihat  agar masalah  yang dihadapi dapat  diatasi dengan cara yang lebih matang.

Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka akibat krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Walaupun anak-anak hanya melakukann kesalahan atau kesilapan yang kecil mereka dimarahi dan dipukul oleh si ayah yang sedang mabuk kepayang dengan perempuan lainb. Akibatnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan. Dalam situasi yang lain pula, ibu bapa yang telah bercerai, memukul dan mendera anaknya sendiri gara-gara wajah si anak seiras dengan wajah bekas suaminya atau isterinya . Semua fenomena ini terjadi kerana ibu dan bapa yang menghadapi  krisis dalam rumah tangga gagal mengawal emosi masing-masing.

Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama dalam  kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting  dalam  sesebuah rumah tangga kerana agama  boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada pendekatan yang digariskan oleh agama. Agama  Islam contohnya, telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti menguasai tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. Dalam kitab AI-Quran juga telah menjelaskan  bahawa azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti  tanggungjawab terhadap anak-anak  merupakan amanah Allah kepada kita yang wajib dijalankan dengan sempurna.

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Dalam  hal ini media massa seperti  televisyen, dan akhbar  perlu memberikan kerjasama untuk menjayakan kempen ini. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.

Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Pihak berkuasa perlu mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang  yang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal  dihadapi  akibat perbuatan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu.Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi. 
Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.