CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 21, 2011

Isrilah-istilah Morfologi

Definisi:
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur,bentuk dan penggolongan kata.
Struktur kata - susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
Bentuk bahasa- rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan.
Penggolongan kata-proses menjeniskan  perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi.


Morfem -Unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Morfem terbahagiduabiaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Perkataan-Bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.
Imbuhan-unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.. Imbuhan mencakupi imbuhan awalan ,akhiran,apitan dan sisipan.
Kata tunggal-Kata yang terdiri hanya satu bentuk dasar yang tidak menerima apa-apaimbuhan atau kata dasar yang lain.. Contoh;  saya, itu,  sudah .
Kata akronim-Sejenis kata tunggal  yang diterbitkan daripada proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh.Contoh Mara (Majlis Amamah Rakyat)
Kata Terbitan- Kata dasar yang terdiri daripada kata yang mengalami proses pengimbuhan.
Kata Majmuk-Kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.
Kata Ganda-Kata yang dihasilkan dengan mengulangi kata dasar sama ada secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu.

Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada 4 iaitu:
1. Kata nama
2. Kata kerja
3. Kata Adjektif
4. Kata Tugas

Kata nama-Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama. Lazimnya melibatkan orang,haiwan,tempat, benda  dan  konsep. Dipecahkan kepada subgolongan; kata nama am,khas dan ganti nama.

Kata kerja - Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.Terbahagi kepada 2 iaitu kata Kerja Transitif aktif da Kata Kerja Tak Transitif. kata Kerja Tak Transitif  terdiri daripadayang berpelengkap dan tak berpelengkap. Manakala Kata Keja Transitif terbahagi kepada TransitiF aktif dan transitif Pasif.

Kata adjektif- Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.. Tidak mempunyai subgolongan yang ketara tetapi dapat dibahgikan kepada lebih kurang sembilan kumpulan seperti,Kata adjektif sifatan, kata adjektif warna,ukuran,bentuk,psncsindera,waktu,cara,perasaan dan        jarak.

Kata tugas- Golongan kata  yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen,aitu yang terkandung dalamnya  golongan kecil yang berbeza-beza tetapi satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik, iaitu frasa nama,frasa kerja, dan frasa adjektif.. Antara kata tugas ialah kata hubung,kata seru,kata tanya,kata perintah,kata pangkal ayat, kata bantu, kata penguat,kata penegas,kata pemeri,kata sendi nama, kata pembenar, kata bilangan, kata arah,kata adverba,kata pembenda, dan kata penekan.

No comments:

Post a Comment