CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 8, 2010

Pesanan Cikgu-(1)Carilah Ilmu

Untuk anak-anak murid kesasayanganku...
     Ilmu itu pelita kehidupan. Kalian tidak akan rugi jika sentiasa mencari ilmu kerana terlalu banyak kelebihan orang yang berilmu berbanding orang yang tidak berilmu. Ilmu  yang ada di dunia ini ibarat lautan yang luas dan tidak bertepi. Ilu yang kita ada ibarat mencelup hujung jarum ke dalam lautan yang luas tersebut. Apabila kita mengangkat celupan itu, titisan air  di hujung jarum itulah ilmu kita. Oleh sebab itulah orang yang bijak pandai tidak pernah mengaku mereka telah memiliki ilmu yang sempurna, malah semakin banyak ilmu mereka, semakin mereka merasa diri mereka masih kurang berilmu. Jadi ,orang yang berilmu sebenarnya tidak akan sombong dan bongkak dengan ilmu yang ada padanya.
      Dengan adanya ilmu di dada akan memandu kita ke jalan yang benar. Setiap tindakan orang yang  berilmu akan berlandaskan akal fikiran yang waras. Orang berilmu tidak akan terburu-buru , sebaliknya sabar dan penuh hikmah dalam setiap tindakannya.Oleh sebab  itulah orang berilmu akan disegani oleh kawan dan lawan.Orang yang berilmu tidak mudah ditipu dan dipermainkan. Kebiasaannya  orang berilmu akan menjadi rujukan dan model kepada orang lain. Oleh hal yang demikian berusahalah kita untuk memenuhi dada kita dengan ilmu pengetahuan.
     Demikian hebatnya orang yang berilmu , namun untuk mencapai status orang berilmu bukanlah mudah. Kita perlu berusaha dengan gigih dan tekun. Cubaan dan dugaan bagi orang yang menuntut ilmu amat banyak. Jika kita ingin berjaya dan menjadi orang yang berilmu, kita perlu bersedia mengharungi ranjau dan duri sepanjang proses mencari ilmu tersebut. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa hendak seribu daya taka hendak seribu dalih. Sesungguhnya keasabaran dan ketekunan kita dalam mencari ilmu akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Pada ketika itu barulah kita akan merasai kemanisan orang yang berilmu.

Salam kasih dan sayang dari pada Cikgu Noor SGI.


No comments:

Post a Comment