CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 11, 2010

FONOLOGI - VOKAL(SIRI 2)

Sistem Bunyi Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. 
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi  dalam sesuatu bahasa.
ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA  
1.
Bibir atas
11.
Tengah lidah
2.
Bibir bawah
12.
Belakang lidah
3.
Gigi atas
13.
Akar lidah
4.
Gigi bawah
14.
Epiglotis
5.
Gusi
15.
Pita suara
6.
Lelangit keras
16.
Rongga tekak
7.
Lelangit lembut
17.
Rongga Hidung
8.
Anak tekak
18.
Rongga mulut
9.
Hujung lidah
19.
Rahang
10.
Hadapan lidah
20.
Tenggorok

FUNGSI  ALAT  PERTUTURAN 
Lidah
   Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada  empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan  belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.  
Gigi 
   Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. 
Bibir 
   Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan  mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. 
Gusi
   Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 
Lelangit 
   Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.  Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.  
Rongga Hidung 
   Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.
Pita Suara
   Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan yang dikenal sebagai glottis. Apabila glotis dirapatkan pita suara akan bergetar akan menghasilkan bunyi bersuara. Apabila glotis  direnggangkan pita suara tak bergetar, bunyi yang terhasil ialah bunyi tidak bersuara.  Apabila  glottis dirapatkan tetapi pita suara tidak bergetar , yang terhasil ialah bunyi seperti berbisik.
 
JENIS-JENIS BUNYI
Bunyi Vokal 
   Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan.  Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh  pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.   

PENGHASILAN BUNYI VOKAL 
Vokal Depan Sempit   (i) 
    Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan  setingg-tingginya hingga hampir menyentuh lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sebarang  halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan. Bibir berada dalam keadaan terhampar. 
Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari 
Vokal Depan Separuh Sempit  (e) 
    Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah diturunkan, 1/3 daripada kedudukannya semasa  penghasilan vokal [i].Lelangit lembut dinaikkan. Glotis dirapatkan, pita suara bergetar.Bibir dihamparkan.
Contoh: kole, tauge, bendi, elok
Vokal Depan Separuh Luas 
   Untuk mengeluarkan  vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk menghasilkan vokal  [e ]. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sebarang  halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan. Bibir berada dalam keadaan terhampar. 
Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek
Vokal Depan Luas ( a) 
   Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini,  depan lidah diturunkan serendah-rendahnya.  Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sebarang  halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan. Bibir berada dalam keadaan terhampar. 
Contoh:  anak,  pandai, landai, anting, siapa, takat
Vokal Belakang Sempit (u) 
    Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi-tingg, tetapi tidak menutup ruang aliran udara.   Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sebarang  halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan. Bibir berada dalam keadaan bundar. 
Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang 
Vokal Belakang Separuh Sempit ( o ) 
    Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 daripada kedudukan lidah semasa menghasilkan vokal belakang sempit [u]  . Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sebarang  halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan. Bibir berada dalam keadaan bundar. 
Contoh: obor, solo, polo, toko, orang  
Vokal Belakang Separuh Luas  
   Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan  lidah semasa menghasilkan vokal belakang  separuh sempit [o]     Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sebarang  halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan. Bibir berada dalam keadaan bundar. 
 Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.
Vokal Tengah   
   Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya.  Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sebarang  halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan.
 Bibir dalam keadaan biasa. 
Contoh: enam, empat, kenduri, gerai 
DIFTONG   
    Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. 
a. (ai):     sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai
b. (au):    lampau, silau, garau, surau, pukau
c. (oi):     amboi, dodoi,  adoi, sepoi, boikot.

2 comments:

  1. salam cikgu...dalam perkataan "main" ada glotis tak?

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu.Nota ini saya jadikan sebagai panduan :)

    ReplyDelete