CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 9, 2010

Variasi Bahasa(1)

VARIASI  BAHASA
Definisi- Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
Istilah-istilah yang berkaitan dengan Variasi Bahasa
1.   Dialek  Sosial
variasi /Kalainan bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, misalnya bahasa istana.

2.   Idiolek
Variasi/kelainan  bahasa seseorang individu disebabkan oleh kekurangan dirinya sendiri (Kecacatan),pengaruh rakan  atau keluarga .

3.   Dialeh Kawasan
Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.

4.   Diglosia
Kewujudan dua variasi bahasa dalam sesuatu bahasa mengikut situasi, yang satu lebih tinggi statusnya apabila berada dalam situasi formal berbanding dengan yang satu lagi dalam situasi tidak formal.

5.   Bahasa Basahan/Bahasa Kolokial
Bahasa yg digunakan sehari-hari dalam keadaan tidak rasmi atau percakapan sehari-hari.Lebih rendah tarafnya daripada bahasa baku.

6.   Bahasa Pasar
Bahasa kacukan iaitu campuran bahasa Melayu dan bahasa asing yang lain seperti bahasa cina atau bahasa inggeris.

7.   Bahasa Halus
Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.

8.   Bahasa Kasar
Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata kesat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment