CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 7, 2010

Asal Usul Bahasa Melayu-1

.1       ASAL USUL BAHASA MELAYU

Pengenalan
Asal usul Bahasa Melayu agak kabur. Hal ini disebabkan kurangnya bukti-bukti konkrit tentang istilah Melayu pada zaman Prasejarah.

Bukti-bukti ditemui melalui penemuan beliung segi panjang di Sungai Hwang Ho, Sungai Mekong, Sungai Salween, Sungai Irrawaddy dan Sungai Brahmaputea, selain penemuan beliung di Utara Tanah Melayu. Bahan artifak ini menjadi asas kajian manusia prasejarah, perhubungan dan perjalanan di serata dunia.

Tarikh awal penggunaan perkataan "Melayu" tidak dapat dipastikan. Kata "Melayu" merujuk kepada orang dan bahasa, iaitu rata-rata penduduk yang beragama Islam dan mendiami hampir keseluruhan Kawasan Asia Tenggara. Para penyelidik juga mendapati bahawa terdapat bukti-bukti penggunaan perkataan "Melayu" pada kurun ketujuh Masihi.

Definisi Dari Segi Etimologi
Etimologi ialah kajian tentang asal usul perkataan.
Perkataan "melayu" dikatakan daripada perkataan Mo-lo-yeu.

Bukti penemuan;
  • Catatan pengembara Cina sekitar tahun 644 - 645 M.
  • Catatan Rahib Buddha bernama I-Tsing yang singgah di Srivijaya pada 672 M. Catatannya mengatakan bahawa Bahasa Melayu digunakan di Palembang.
  • Pengembara Portogis, Godinho de Erachia, mengatakan Bahasa Melayu digunakan sebagai Lingua Franca di Kepulauan Melayu.
  • Kerajaan Melaka menggunakan Bahasa Melayu dalam perhubungan di Kepulauan Melayu dengan pedagang-pedagang dari Asia, Eropah, Asia Barat, India dan China.
  • Perkataan Melayu pada Kerajaan Mo-lo-yue di Jambi, Sumatera, sempena sebatang sungai dipanggil "Sungai Melayu"
 Salasilah Bahasa Melayu
Dalam kajian rumpun dan Keluarga Bahasa Melayu, kita perlu memahami istilah yang penting. Antara istilah-istilah yang perlu difahami ialah:

  • Filum                à Kelompok bahasa seusia 5000 tahun.
  • Rumpun            à Kelompok bahasa 2500 - 5000 tahun.
  • Keluarga          à Kelompok bahasa seusia kurang daripada 2500 tahun.

Bahasa keluarga mempunyai persamaan dalam pembentukan kata, bunyi dan golongan kata. Setiap keluarga bahasa terdiri daripada bahasa subkeluarga atau subkelompok mengikut faktor geografi dan nama bahasa tertentu.
sebagai contoh;


Golongan
Bahasa
Sumatera
Acheh, Batak, Minangkabau, Lampung, Melayu, Nias, Orang Laut
Jawa   
Sunda, Madura,Jawa.
Filipina
Tagalog, Sulu, Pulau, Bisaya, Iloko, Tombulu



Bahasa Asonesia ialah rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris.
Bahasa Austris terdiri dari,     
                àAustronesia
àAustroasia
àTibet – China
  

1 comment: