CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 9, 2010

Wacana

WACANA
Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana.
Kamus Dewan mentakrif Wacana sebagai
       i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, dan percakapan
       ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel dan cerpen)
Secara umumnya , wacana merupakan satu unit bahasa yang  lengkap dan melebihi  batas ayat.
Dalam wacana ,unsur-unsur bahasa seperti kata,frasa,klausa dan ayat disusun dan dijalin dengan sempurna sehingga memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berkesinambungan serta menghasilkan kesatuan fikiran yang utuh.
Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi.Tatatingkat bahasa ini ditunjukkan seperti rajah berikut:
WACANA
AYAT
KLAUSA
FRASA
MORFEM
FONEM
     Ciri-ciri Wacana          
1. Mempunyai koheren (keterikatan)
2. mempunyai kohesi (pertautan)
3. mempunyai tujuan

4. Bermaklumat:
 5. Diterima khalayak/audien

6. Mempunyai gaya
Mempunyai koheren (keterikatan)
Sesebuah wacana dikatakan baik  apabila ayat-ayat yang dibina di dalamnya bergerak lancar  dan mempunyai kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dgn ayat yg lain . Orang  dapat membaca atau mendengar dengan mudah dari satu ayat ke satu ayat yang lain tanpa ada ruang kosong atau jurang fikiran atau idea yang tertinggal serta tidak dikemukakan.

Mempunyai Kohesi (pertautan)
Bermaksud unit fikiran yang lengkap. Perenggan tersebut dapat menjalankan tugas-tugas yang dijangkakan iaitu mengembangkan idea  topiknya dengan sempurna dan lengkap. Keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya  pertautan hubungan daripada aspek semantik,leksikal dan gramatikal.

Tiap wacana mestilah mempunyai tujuan:
Tujuan  menentukan bentuk wacana  Contohnya, untuk melahirkan sesuatu perasaan , seseorang akan menulis cerpen,puisi atau novel. Jika seseorang bertujuan hendak menyampaikan nasihat atau pengajaran, wacana lisan seperti ceramah atau khutbah akan digunakan.
Hubungan antara penutur /penulis dengan Khalayak    
Wacana berkait dengan kedudukan penutur yang menuturkan sesuatu lakuan bahasa dalam masyarakat. Hal ini akan mempengaruhi gaya wacana dalam lakuan bahasa tersebut sama ada gaya formal atau tidak formal. Contoh : Apabila seseorang pelajar berhubung dengan gurunya, dia akan menggunakan gaya formal tetapi apabila dia berhubung dengan kawannya, dia akan menggunakan gaya tidak formal.
Tiap-tiap ayat dalam sebuah wacana perlu mempunyai maklumat .
 Maklumat terbahgi kepada dua. Maklumat baru dan maklumat lama. Contoh ayat: Anak Pak Abu ada lima orang . Semua anak Pak Abu cantik.  Maklumat dalam sesebuah wacana mestilah logik dan dapat diterima akal
Diterima khalayak/audiens
Penerimaan khalayak  tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya wacana itu dan mempunyai tujuan yang sama Khalayak akan mudah memahami sesebuah wacana jika bahasa yang disampaikan oleh penyampai wacana bersesuaian dengan tahap pendidikan mereka.

Mempunyai gaya
Bersahaja atau tidak bersahaja, rasmi atau tidak rasmi, mempengaruhi pemilihahan laras bahasa, ayat, penggunaan dialek,nada,intonasi dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment