CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Bab 9 - Retorik. Show all posts
Showing posts with label Bab 9 - Retorik. Show all posts

Sunday, October 10, 2010

Retorik Pemujukan dalam iklan








Kebanyakan pengusaha atau peniaga akan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk memujuk dan mempengaruhi orang ramai.Salah satu  seni bahasa tersebut ialah melalui iklan-iklan seperti di atas. Akhirnya orang ramai atau pengguna akan terpengaruh dengan kehebatan barangan yang dipromosikan tersebut.

Saturday, October 9, 2010

Retorik-(2)

RETORIK
Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan.
Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi, atau berbentuk propaganda, retorik adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi, sikap, dan pendirian orang ramai.
Secara umumnya, kemahiran retorik melibatkan:
1. penguasaan tatabahasa
2. penggunaan pelbagai ragam bahasa
3. penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik
4. penguasaan corak dan bentuk penulisan.

Di samping itu, penulisan boleh dibuat dengan teknik induktif atau deduktif atau analogi.

Induktif

Mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk khusus dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan.

Deduktif

Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan maklumat yang khusus.
Analogi
Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan antara dua perkara atau senario.

Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi orang, maka wacana yang terhasil merupakan manifestasi yang dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan. Di samping itu struktur wacana pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Retorik dikembangkan dengan empat cara, iaitu naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan), atau penghujahan.

Naratif

Gaya naratif boleh ditemui pada laporan akhbar, laporan aktiviti, minit mesyuarat atau ceramah syarahan yang menerangkan sesuatu.
Deskriptif

 Menerangkan atau memerikan sesuatu. Teknik ini menggunakan pemerhatian dan pengamatannya untuk menerangkan sesuatu hal. Pada tahap yang lebih halus, penulis ada kalanya menggunakan pancainderanya, di samping perasaan hati dan pandangannya. Penulis menggambarkan peristiwa, contoh kiasan dan sebagainya.
Eksposisi
Mendedahkan sesuatu isu, atau  perkara. Cara ini sesuai digunakan untuk menjelaskan konsep, pandangan, cadangan, proses, atau sejarah sesuatu, dengan menggunakan mana-mana teknik sama ada deduktif, induktif atau analogi.
Penghujahan
Cara penulis menunjukkan kebenaran pendapat sama ada menentang, menyookong atau menunjukjkan sikap berkecuali. Kebenaran yang hendak ditunjukkan mestilh berasakan fakta atau bukti yang konkrit.Kebenaran tidak berasaskan emosi sahaja.

Retorik-(1)

Retorik (bahasa Greek: ῥήτωρ; rhêtôr, pemidato, guru) merupakan seni atau teknik memujuk melalui bahasa lisan, visual atau tulisan. Definisi retorik sudah diperluas sejak retorik dijadikan satu bidang kajian di universiti. Oleh itu, retorik klasik (iaitu yang didefinisikan di atas) berbeza dengan retoik komtemporari yang turut melibatkan analisis teks tulisan dan visual.
Retorik klasik diajar dalam sastera liberal asal dan trgolong dalam trivium. Dalam zaman purba dan pertengahan, kajian tatabahasa menekankan penggunaan bahasa yang betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam pengkajian dan kritikan karya sastera. Logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baru melalui proses soal dan jawab. Manakala retorik menekanan kaedah memujuk dalam tempat awam dan politik, seperti Dewan Perhimpunan atau Mahkamah. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan politik.
Konsep retorik telah diperluas daripada bidang politik, undang-undang, hubungan awam, melobi, pemasaran dan pengiklanan kepada bidang lain seperti kemanusiaan, agama, sains sosial, kewartawanan, sejarah ,kesusasteraan, kartografi dan seni bina.
Dipetik daripada Wikipedia.